Monday, April 1, 2013

Sembang Wayang : GI JOE RETALLIATION





Hari sabtu lepas aku berkesempatan menonton filem GI JOE RETALLIATION 
Sekarang aku nak bercakap mengenai filem ini secara mendalam. 
Jangan baca kalau tak nak spoil.

Pada yang dah menonton filem pertama GI JOE, GI JOE RISE OF THE COBRA 
pasti mahukan lebih daripada apa yang kita dapat masa menonton Rise Of The Cobra
terutama dari segi jalan cerita. 
Secara keseluruhannya Retalliation jauh lebih baik berbanding Rise Of The Cobra. 
Cuma Retalliation bagi aku masih banyak kekurangan dan belum boleh dikatakan 
Filem GI JOE yang berjaya. 

Sebagai permulaan Retalliation di arahkan oleh pengarah berbeza dari Rise Of Cobra. 
Rise Of Cobra Diarahkan oleh Stephen Sommers, manakala Retalliation pula oleh
Jon M. Chu. Kalau korang nak tau Jon M Chu ini adalah pengarah Step Up 2, Step Up 3D 
dan Justin Bieber Never Say Never. So persoalan pertama yang bermain di minda aku sebelum 
pergi menonton filem ini ialah bagaimana seorang pengarah yang biasa dengan filem 
berunsur hiburan tarian akan mengolah filem GI JOE ini menjadi sati filem aksi yang menarik. 

Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah watak dan pelakon.
Kebanyakan watak dalam Rise Of Cobra tidak muncul dalam filem Retalliation 
jadi ini sedikit sebanyak menambahkan rasa ingin menonton filem ini, 
sebab mungkin watak-watak baru yang diperkenalkan boleh menjadikan filem ini 
lebih menarik, lebih segar dan lebih berkarakter. Kebanyakan watak-watak yang dikekalkan 
adalah watak jahat The Cobra seperti Cobra Commandar, Zartan, dan Storm Shadow. 
Bagi watak GI JOE plak hanya Duke dan Snake Eye sahaja yang dikekalkan. 
Sekarang aku akan bercakap mengenai watak-watak dalam Retalliation. 


Watak Duke oleh Chaning Tatum bagi aku satu watak penting yang perlu ada 
sebab kita sudah biasa dengan watak ini dalam Rise Of Cobra sebagai pemimpin dalam Joe's 
tapi sayangnya watak ini dimatikan tak sampai separuh pun cerita ini. 
Sebab kenapa watak ini dimatikan, aku pun tak berapa pasti dan aku masih mencari sebab yang 
relevan kenapa watak ini dimatikan. Paling menyedihkan aku ialah watak Duke 
boleh la dikatakan diganti dengan watak Flint yang hidup kerana diselamatkan oleh Duke. 
Watak Flint ini, adalah watak yang sangat sangat bosan dan tidak ada kesinambungan langsung 
dalam filem Retalliation ini. Tidak nampak kehebatannya, tidak nampak sumbangan besar 
watak ini dalam usaha mengalahkan rancangan Cobra Commandar. Flint ini boleh lah 
aku katakan watak Si Lelaki. Kalau watak ini tidak ada sekalipun ini tidak akan mengubah walau sedikit pun jalan cerita GI JOE Retalliation. 

  

Ok. Kemudian kita ada watak Roadblock dilakonkan oleh The Rock. Watak ini aku suka dan 
The Rock adalah pilihan terbaik untuk watak ini. Tak nak cakap banyak pasal watak ini, 
watak dan pelakon dua-dua ada unsur GI JOE Originality. Kemudian kita ada watak Lady Jaye. 
Seperti biasa dalam GI JOE kena ada watak perempuan yang lasak, kuat, tough tapi still 
mengekalkan element cantik, mengoda dan seksi. Dan Adrianne Palicki berjaya membawa watak ini 
sama macam Rachel Nichols bawa watak Scarlett dalam Rise Of Cobra. Snake Eyes pulak 
masih dikekalkan watak ini. Begitu juga dengan Storm Shadow masih dikekalkan. 
Kenapa ini berlaku, sebabnya sudah tentulah kalau nak mengekalkan watak Snake Eyes watak Storm Shadow kenalah dikekalkan jugak. Sebab satu-satunya orang atau pun satu-satunya sebab yang 
boleh wat Snake Eyes jadi awesome sebagai ninja ialah bila dia bertarung dengan Storm Shadow. 


Kemudian kita pergi pulak kepada watak Cobra Commandor. Dalam Rise Of Cobra, suprisingly 
aku sangat berminat dengan watak ini. Terutama bila dia bercakap.. Suara Cobra Commandor memang awesome. Dalam Retalliation, sedikit pengubahsuaian dalam costume Cobra Commandor 
dan pengubahsuaian ini sangat baik hingga menjadikan Cobra Commandar jadi lagi awesome. 
Cara dia berdiri, bercakap, dan dalam babak akhir ketika dia melarikan diri dari GI JOE 
memang terserlah ke"awesome - man"nya. Watak Destro pulak dimatikan. Sedih kerana 
Destro bagi aku cuma perlu berdiri di sebelah Cobra Commandor macam yang biasa kita lihat 
dalam animasi GI JOE untuk jadi awesome. Akhir sekali watak General Colton oleh Bruce Willis. 
Watak ni memang nampak sangat diwujudkan sebagai penarik orang ramai menonton filem ini. 
Terutama sekali peminat Die Hard. Ada masa watak ini nampak relevan dan penting tapi secara keseluruhan watak ini bagi aku hanyalah sebagai daya penarik sahaja, tidak lebih dari itu. 




Selesai bercakap mengenai watak dan pelakon. Sekarang masa untuk mengupas jalan cerita. 
Seperti Rise Of The Cobra, Retalliation masih mengekalkan konsep weapon yang terlampau 
fiksyen dan canggih. Kadang-kadang aku rasa benda tu tersangat tak logik dan jadi tak awesome. 
Aku sebenarnya inginkan filem GI JOE yang lebih "berpijak di bumi yang nyata" Askar-askar GI JOE dalam 2 filem ini seolah-olah bergantung sepenuhnya pada kecanggihan senjata-senjata mereka. 
Kecuali Snake Eyes. Peluru Auto Target, Plat Tapak Tangan yang boleh cairkan pagar besi, Kereta Kebal yang agile gila dan  kuasa peluru UNDISPUTED, bekalan senjata yang tak terhingga menjadikan GI JOE nampak seperti askar yang 100% bergantung pada teknologi. Itu pada pendapat aku la.

Dari segi perkembangan plot sangat tidak relevan dan membosankan. 
Permulaan filem ini sedikit bosan, terutama adegan yang melibatkan sejarah silam Snake Eyes dan Storm Shadow. Membosankan sampai tahap kalau filem ini ditonton di laptop atau PC anda akan 
pause sebentar untuk masak meggi atau mengupdate status FB anda. Tapi, pengarah Retalliation agak bijak dengan mengalihkan kebosanan kita dengan adegan letupan. Bila bosan je ada letup-letup 
bila bosan je ada tembak-tembak senjata canggih. Tapi by the end of the day kita tak ingat pun 
adegan letup-letup yang kita tengok tu tapi lebih mengingati adegan bosan. 

Secara kesimpulannya filem GI JOE RETALLIATION adalah lebih baik berbanding RISE OF THE COBRA. Tapi still tak boleh dipanggil filem yang terbaik. Masih ada banyak kekuranga. 
Tapi filem ini akan nampak bagus dan menarik kerana adanya filem pertama. Kalau ini adalah filem 
pertama GI JOE filem ini akan totally jadi tak menarik. Samalah macam makan tomyam, mula-mula 
makan kat kedai A tak sedap harga RM6, tiba-tiba makan kedai B rasa lebih kurang tapi harga RM4 so kau akan still kata Tomyam Kedai B is better. 

Sekian lah saja, pandangan aku mengenai GI JOE RETALLIATION. 
Pada yang nak menonton di panggung dipersilakan, tapi kalau nak best bawa la awek. 
Kalau menonton sendiri lebih baik tonton di laptop atau pc. 
Heheheheh....terima kasih dan jumpa lagi di Review akan datang


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.