Monday, April 1, 2013

Sembang Wayang : GI JOE RETALLIATION





Hari sabtu lepas aku berkesempatan menonton filem GI JOE RETALLIATION 
Sekarang aku nak bercakap mengenai filem ini secara mendalam. 
Jangan baca kalau tak nak spoil.

Pada yang dah menonton filem pertama GI JOE, GI JOE RISE OF THE COBRA 
pasti mahukan lebih daripada apa yang kita dapat masa menonton Rise Of The Cobra
terutama dari segi jalan cerita. 
Secara keseluruhannya Retalliation jauh lebih baik berbanding Rise Of The Cobra. 
Cuma Retalliation bagi aku masih banyak kekurangan dan belum boleh dikatakan 
Filem GI JOE yang berjaya. 

Sebagai permulaan Retalliation di arahkan oleh pengarah berbeza dari Rise Of Cobra. 
Rise Of Cobra Diarahkan oleh Stephen Sommers, manakala Retalliation pula oleh
Jon M. Chu. Kalau korang nak tau Jon M Chu ini adalah pengarah Step Up 2, Step Up 3D 
dan Justin Bieber Never Say Never. So persoalan pertama yang bermain di minda aku sebelum 
pergi menonton filem ini ialah bagaimana seorang pengarah yang biasa dengan filem 
berunsur hiburan tarian akan mengolah filem GI JOE ini menjadi sati filem aksi yang menarik. 

Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah watak dan pelakon.
Kebanyakan watak dalam Rise Of Cobra tidak muncul dalam filem Retalliation 
jadi ini sedikit sebanyak menambahkan rasa ingin menonton filem ini, 
sebab mungkin watak-watak baru yang diperkenalkan boleh menjadikan filem ini 
lebih menarik, lebih segar dan lebih berkarakter. Kebanyakan watak-watak yang dikekalkan 
adalah watak jahat The Cobra seperti Cobra Commandar, Zartan, dan Storm Shadow. 
Bagi watak GI JOE plak hanya Duke dan Snake Eye sahaja yang dikekalkan. 
Sekarang aku akan bercakap mengenai watak-watak dalam Retalliation. 


Watak Duke oleh Chaning Tatum bagi aku satu watak penting yang perlu ada 
sebab kita sudah biasa dengan watak ini dalam Rise Of Cobra sebagai pemimpin dalam Joe's 
tapi sayangnya watak ini dimatikan tak sampai separuh pun cerita ini. 
Sebab kenapa watak ini dimatikan, aku pun tak berapa pasti dan aku masih mencari sebab yang 
relevan kenapa watak ini dimatikan. Paling menyedihkan aku ialah watak Duke 
boleh la dikatakan diganti dengan watak Flint yang hidup kerana diselamatkan oleh Duke. 
Watak Flint ini, adalah watak yang sangat sangat bosan dan tidak ada kesinambungan langsung 
dalam filem Retalliation ini. Tidak nampak kehebatannya, tidak nampak sumbangan besar 
watak ini dalam usaha mengalahkan rancangan Cobra Commandar. Flint ini boleh lah 
aku katakan watak Si Lelaki. Kalau watak ini tidak ada sekalipun ini tidak akan mengubah walau sedikit pun jalan cerita GI JOE Retalliation. 

  

Ok. Kemudian kita ada watak Roadblock dilakonkan oleh The Rock. Watak ini aku suka dan 
The Rock adalah pilihan terbaik untuk watak ini. Tak nak cakap banyak pasal watak ini, 
watak dan pelakon dua-dua ada unsur GI JOE Originality. Kemudian kita ada watak Lady Jaye. 
Seperti biasa dalam GI JOE kena ada watak perempuan yang lasak, kuat, tough tapi still 
mengekalkan element cantik, mengoda dan seksi. Dan Adrianne Palicki berjaya membawa watak ini 
sama macam Rachel Nichols bawa watak Scarlett dalam Rise Of Cobra. Snake Eyes pulak 
masih dikekalkan watak ini. Begitu juga dengan Storm Shadow masih dikekalkan. 
Kenapa ini berlaku, sebabnya sudah tentulah kalau nak mengekalkan watak Snake Eyes watak Storm Shadow kenalah dikekalkan jugak. Sebab satu-satunya orang atau pun satu-satunya sebab yang 
boleh wat Snake Eyes jadi awesome sebagai ninja ialah bila dia bertarung dengan Storm Shadow. 


Kemudian kita pergi pulak kepada watak Cobra Commandor. Dalam Rise Of Cobra, suprisingly 
aku sangat berminat dengan watak ini. Terutama bila dia bercakap.. Suara Cobra Commandor memang awesome. Dalam Retalliation, sedikit pengubahsuaian dalam costume Cobra Commandor 
dan pengubahsuaian ini sangat baik hingga menjadikan Cobra Commandar jadi lagi awesome. 
Cara dia berdiri, bercakap, dan dalam babak akhir ketika dia melarikan diri dari GI JOE 
memang terserlah ke"awesome - man"nya. Watak Destro pulak dimatikan. Sedih kerana 
Destro bagi aku cuma perlu berdiri di sebelah Cobra Commandor macam yang biasa kita lihat 
dalam animasi GI JOE untuk jadi awesome. Akhir sekali watak General Colton oleh Bruce Willis. 
Watak ni memang nampak sangat diwujudkan sebagai penarik orang ramai menonton filem ini. 
Terutama sekali peminat Die Hard. Ada masa watak ini nampak relevan dan penting tapi secara keseluruhan watak ini bagi aku hanyalah sebagai daya penarik sahaja, tidak lebih dari itu. 




Selesai bercakap mengenai watak dan pelakon. Sekarang masa untuk mengupas jalan cerita. 
Seperti Rise Of The Cobra, Retalliation masih mengekalkan konsep weapon yang terlampau 
fiksyen dan canggih. Kadang-kadang aku rasa benda tu tersangat tak logik dan jadi tak awesome. 
Aku sebenarnya inginkan filem GI JOE yang lebih "berpijak di bumi yang nyata" Askar-askar GI JOE dalam 2 filem ini seolah-olah bergantung sepenuhnya pada kecanggihan senjata-senjata mereka. 
Kecuali Snake Eyes. Peluru Auto Target, Plat Tapak Tangan yang boleh cairkan pagar besi, Kereta Kebal yang agile gila dan  kuasa peluru UNDISPUTED, bekalan senjata yang tak terhingga menjadikan GI JOE nampak seperti askar yang 100% bergantung pada teknologi. Itu pada pendapat aku la.

Dari segi perkembangan plot sangat tidak relevan dan membosankan. 
Permulaan filem ini sedikit bosan, terutama adegan yang melibatkan sejarah silam Snake Eyes dan Storm Shadow. Membosankan sampai tahap kalau filem ini ditonton di laptop atau PC anda akan 
pause sebentar untuk masak meggi atau mengupdate status FB anda. Tapi, pengarah Retalliation agak bijak dengan mengalihkan kebosanan kita dengan adegan letupan. Bila bosan je ada letup-letup 
bila bosan je ada tembak-tembak senjata canggih. Tapi by the end of the day kita tak ingat pun 
adegan letup-letup yang kita tengok tu tapi lebih mengingati adegan bosan. 

Secara kesimpulannya filem GI JOE RETALLIATION adalah lebih baik berbanding RISE OF THE COBRA. Tapi still tak boleh dipanggil filem yang terbaik. Masih ada banyak kekuranga. 
Tapi filem ini akan nampak bagus dan menarik kerana adanya filem pertama. Kalau ini adalah filem 
pertama GI JOE filem ini akan totally jadi tak menarik. Samalah macam makan tomyam, mula-mula 
makan kat kedai A tak sedap harga RM6, tiba-tiba makan kedai B rasa lebih kurang tapi harga RM4 so kau akan still kata Tomyam Kedai B is better. 

Sekian lah saja, pandangan aku mengenai GI JOE RETALLIATION. 
Pada yang nak menonton di panggung dipersilakan, tapi kalau nak best bawa la awek. 
Kalau menonton sendiri lebih baik tonton di laptop atau pc. 
Heheheheh....terima kasih dan jumpa lagi di Review akan datang


Monday, March 25, 2013

RunningMan BackGround Music






Korang minat tak tengok Runningman?
Aku minat gila tengok siri ni.
Setiap hari isnin mesti tertunggu-tunggu
dah ada episode baru yang ada Sub lom. ...

Best Runningman.
Pada peminat Runningman
Korang tau tak lagu-lagu ni..
Lagu-lagu ni bila aku dengar aku teringat
pada Runningman...hehehe
Korang..ingat tak lagu-lagu ni..

















Sunday, March 24, 2013

Studio Ghibli





Selama aku tengok animation,
tak ada satu pun animation yang boleh wat aku ketawa dan menangis
macam aku tengok animation studio Ghibli.

Studio Ghibli mengajar aku yang filem animasi
bukanlah sekadar filem pasal lawan-lawan, kuasa-kuasa ajaib,
senjata-senjata pelik. Tapi ia lebih dari itu.

Dari kali pertama aku tengok My Neighbour Totoro
sampai lah latest From Up On The Poppy Hill
feel dia tetap sama. Pembinaan watak, jalan cerita,
scenery serta gaya animasi klasik jadi
cukup sempurna bila diolah dan diterbitkan oleh studio Ghibli.

Looking forward to a new animation from Studio Ghibli
The Best Animation Studio In The World..








Sunday, March 17, 2013

I MISS WESTLIFE.



Lama x menulis blog.
Bosan sebenarnya ngan hidup yang x ada variasi.
Tapi x boleh nak salahkan keadaan sebab semua yang berlaku adalah
berasaskan cara kita sendiri.
Kalau kita berusaha untuk tidak membosankan diri kita
pasti diri kita tak bosan.
Tapi kalau asyik mengeluh je
memang sampai bila-bila pun hidup kita akan bosan.

Ok la, cukup cerita pasal bosan.
Hari ini aku teringat kembali zaman-zaman muda aku.
Hahaha....Macam la aku ni tua sangat.
Tak ada la, tadi selongkar folder-folder lagu aku.
Lama tak buka. Bila buka-buka baru aku teringat
aku ada simpan koleksi album-album WESTLIFE
yang aku download dulu.

Yes, walaupun kadang-kadang aku agak malu nak
mengakuinya. Tapi hakikatnya memang aku peminat BOYBAND
dan my fav tak lain dan tak bukan WESTLIFE.
Tapi nak gitau korang aku minat bukan sebab dia hensem.
macho, atau bermuka jambu.
Aku minat WESTLIFE is totally sebab lagu dan suara dorang.
Sampai sekarang aku rasa tak ada satu group pun yang macam WESTLIFE
Lagu boleh kira sentiasa segar.
Bila dengar balik rasa x bosan pown.
Tak rasa pun lagu WESTLIFE ni bukan untuk zaman ni.
Huhuhu....teringat balik zaman-zaman sekolah,
Walkman asyik habis bateri je sebab dengar kaset WESTLIFE hari-hari.

Korang minat tak kumpulan BOYBAND ni.
WESTLIFE, NSYNC, BACKSTREETBOYS, BOYZONE,
A1, 911, 98 DEGREE, O-TOWN, PLUS ONE dan banyak lagi la...
Rindu pulak zaman-zaman tu...
OK la last sekali , jom layan antara lagu-lagu fav
WESTLIFE aku....









Saturday, February 23, 2013

Catitan P No 1



Bila duduk single ni ,
banyak masalah sebenarnya,
ada yang kecil dan ada yang besar,
ada yang boleh diselesaikan serta merta
dan ada juga yang kena tunggu lama baru boleh selesai.
Tapi sebagai seorang lelaki yang bakal jadi pemimpin keluarga satu hari nanti
walauapa pun masalah yang datang kenalah hadapi dengan tenang dan penuh rasa redha.
Sebab satu hari nanti bila isteri ada masalah mestilah kita sebagai suami
yang kena hadapi dan cuba cari penyelesaian sama-sama.
Begitu juga bila dah ada anak.
Bila masalah anak-anak datang, takkan la nak suruh anak selesaikan sendiri
melainkan bila anak-anak tu sudah cukup dewasa dan boleh berdikari sendiri.
Kadang-kadang kena juga minta tolong keluarga.
Minta tolong nasihat dan panduan.

Bila aku didatangi masalah,
kadang-kadang aku terfikir,
sedangkan masalah diri sendiri pown aku susah nak settle kan
macamana plak bila aku sudah berkeluarga,
masalah yang datang mesti lagi "POWER" dari masalah
aku sekarang di zaman bujang ni.
Macam baru-baru ni,
dengan tidak semena-mena seorang housemate aku
telah memutuskan untuk keluar dari rumah dan berpindah.
Bak kata orang putih "In such a short notice" je dia berpindah.
Apa lagi, gelabah la budak-budak rumah lain.
Ye la, bila berlima sewa takda la mahal sangat,
bila dah berempat terus naik mendadak sewa.

Dipendekkan cerita, terpaksalah kami duduk berbincang
macam mana nak survive.
Potong la mana-mana bil yang sekadar kemahuan
contohnya Astro, lepas ni nak tengok bola kena la rajin-rajin
keluar ke kedai mamak, order la teh tarik jika niat hanya sekadar menonton
perlawaan. Nak berjimat.

Begitulah hidup manusia,
takkan pernah lari dari masalah.
Tapi, sentiasalah melihat dari sisi baiknya,
masalah mematangkan kita,
mengajar kita erti sebenar kehidupan.
Memandu kita menjadi seorang insan yang lebih matang
supaya bila sampai ke destinasi yang memerlukan kita
membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah
itu adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

Sunday, February 3, 2013

PR MEGAFORCE : PR KITAR SEMULA














Bila dengar  3 opening Power Rangers ni, 
apa yang korang perasan, 
Asyik nak recyle song je, 
Megaforce first impression dah fail,  
Huhuhu....
Agak bosan disitu....
Baik layan lagu Opening Power Rangers Mystic Force
Opening yang paling aku minat....

Fan PR, fav opening korang?
Share sikit...



Thursday, January 31, 2013

Aku dan Power Rangers.




Bila kali terakhir anda menonton siri Power Rangers.
Bila kali terakhir anda rasa teruja dengan kedatangan siri Power Rangers
yang terbaru.
Bagi peminat siri ini, kedatangan siri Power Rangers yang terbaru
pasti disambut dengan rasa teruja dan gembira
Begitu juga tahun ini, dengan kemunculan Siri Power Rangers
terbaru yang akan ditayangkan secara rasminya esok 2 hb Feb
iaitu Power Rangers Megaforce.
Aku akan bercakap lebih mengenai Power Rangers ini di post yang
akan datang selepas aku menonton siri pertamanya. 

Setiap kali adanya siri baru Power Rangers
pasti akan timbul perasaan excited dan ragu-ragu dalam diri aku.
Excited sebab ada siri Power Rangers baru untuk dilayan setiap minggu.
Ragu-ragu sebab nak tahu adakah siri ini awesome,
menepati citarasa kipas susah mati Power Rangers,
bukan sekadar hanya untuk menarik tontonan kanak-kanak
yang hanya memandang Power Rangers sebagai satu hiburan
dan yang paling penting olahan jalan cerita dan plot yang
kalau tak lebih baik pun cukuplah sekadar menyamai
siri Super Sentai yang di adaptasi oleh siri Power Rangers itu.


Mari kita bercakap sedikit mengenai Siri Power Rangers ini.
Di Malaysia Power Rangers mula ditayangkan sekitar awal
1990-an dengan Siri Mighty Morphin Power Rangers sebagai pemulanya.
Siri ini mendapat sambutan mengalakkan dari peminat-peminat di
seluruh dunia. Dan boleh aku katakan yang ramai peminat
mengenal Power Rangers lebih dahulu sebelum Super Sentai.
Sampailah sekarang siri Power Rangers masih lagi mendapat tempat
di hati peminat 


Bagi aku pulak Power Rangers ni memang siri kegemaran aku.
Mighty Morphin sampailah Wild Force aku layan dekat TV je,
masa tu aku masih lagi duduk di rumah
jadi tidak menjadi masaalah bagi aku untuk melayan siri ini.
Bagi 3 siri selepas itu Dino Thunder, Ninja Storm dan SPD
aku x dapat tengok hampir 60% daripada setiap episodnya
dek kerana aku pergi belajar kat asrama penuh.
Tapi Dino Thunder aku still cuba lagi untuk tengok di bilik TV
Ninja Storm dan SPD aku langsung tak tengok satu episod pown
sebab tahun tu tak silap aku aku nak SPM.
Siri selepas itu,
Mystic Force, Operation Overdrive dan Jungle Fury aku layan balik
Lagipun time 3 siri ni keluar zaman IT sudah menguasai dunia.
Even x dapat tengok kat TV pown still boleh download dan tengok kat laptop.

Lepas tu, bermulalah zaman kegelapan Power Rangers
2 siri selepas itu RPM dan Samurai memang sangat mengecewakan aku.
2 siri ini bagi aku ada 2 kelemahan terbesar.
Plot yang terlalu beroreintasikan kanak-kanak
serta pelakon yang tak pandai berlakon dan menjiwai watak.
Malas nak komen banyak pasal 2 siri aku RPM aku still layan lagi
Samurai aku langsung x layan dah lepas aku tengok 3 episod pertama.



Tahun ni 2013 Power Rangers kembali dengan
siri terbaru, Power Rangers Megaforce.
Bagaimana penerimaan aku pada Power Rangers ni
harap-harap aku akan berpuas hati
ataupun ini adalah petanda yang Power Rangers sudah tidak relevan lagi
untuk golongan peminat-peminat dewasa dan hanya sekadar untuk
hiburan hujung minggu kanak-kanak. ....




Powered by Blogger.