Monday, December 31, 2012

Emma....




OH EMMA 
I LOVE YOU ALL...







Saturday, December 29, 2012

Selepas cuti yang panjang



Lama gila x update blog,
agak sibuk sedikit dengan aktiviti mentelaah pelajaran,
nasib baik la exam tu aku lulus
boleh la aku menarik nafas lega sedikit
kawan-kawan seangkatan pun ramai yang lulus
Alhamdullilah.

Satu lagi ucapan syukur aku nak panjatkan
sebab setelah sekian lama mengidam
akhirnya dapat jugak aku beli PC sendiri
PC yang lagi bagus spec..
Sebagai seorang gamers memiliki PC
adalah semata-mata untuk main game
so bila servey main purpose adalah cari prossesor power
+ grafic kad + monitor + sound system yang power
Keyboard dan Mouse pown yang untuk gaming punya

So aku boleh katakan la
mulai dari saat ini aku akan jarang dah kuar rumah
duk memerap dalam bilik je
main game. hehehehe....

Apa-apa pun, aku harap lepas ni aku tak da la leka sangat
dengan PC aku ni, ye la main game sampai tak ingat dunia


Tuesday, December 18, 2012

Karipap Oh Karipap



Pernah satu ketika dahulu, 
ketika aku masih dalam lamunan
masih mentah dalam hal-hal duniawi
aku tertunggu-tunggu kedatangan seorang pak cik, 
di dewan makan rest room, 
setiap hari di waktu tengah hari
bukan sebab pak cik tu datang bawa duit, 
bukan juga sebab anak pak cik tu lawa, 
atau pak cik tu baik hati, 
tapi sebab pak cik tu datang membawa sejenis kuih 
kuih yang besa. Lagi besar dari handphone Samsung Galaxy Ace
ha...pak cik tu bawa karipap besar
berharga RM1.50 sebiji. 
Mula-mula aku tak percaya bila kawan aku kata 
rest room ada jual karipap RM1.50 
aku pun dengan nada angkuh berkata 
"Karipap apa harga RM1.50, mahal nak mampos" 
then bila aku tengok sendiri dan amik gambar 
aku percaya dan yakin bahawa 
dunia ini penuh dengan benda2 yang mengejutkan....



(p/s : benda ni blh makan sekali je
makan banyak kali jadi bosan)


Monday, December 17, 2012

Countdown to Comic Fiesta 2012



Yeahhh.....event terbesar untuk kipas susah mati comic 
akan tiba hujung minggu ini 
sabtu dan ahad 22 dan 23 Disember 2012 bertempat di KLCC 
tak sabar nak pegi, sayang tahun ni aku tak dpt beli tiket early bird dek kerana 
aku tak jangka aku akan pegi comic fiesta tahun ni. 
Sebab mak aku suruh pulang time cuti krismas.
last2 cancel last minit sebab mak aku ada plan lain...
hehehe....kira aku memang ada jodoh la dengan comis fiesta 


anyway bagi menghangatkan suasana aku nak berkongsi sedikit 
gambar cosplayer yang aku amik pada comic fiesta tahun lepas 
nak cakap kat korang comic fiesta tahun lepas memang huru hara
dengan organiser yang agak baru organize tempat besar macam KLCC ni 
ditambah dengan petugas dari pihak KLCC yang semua x tau erti 
sebenar excitement berada di comic fiesta watkan aku rasa first day of 2011 
comic fiesta was the worst event yang aku pnh pegi. 
Luckly mereka cepat belajar dari kesilapan dan hari kedua 
berjalan dengan lancar selancar-lancarnya.
Harap-harap tahun ni akan jadi lebih baik dengan aturcara yang teratur serta 

petugas-petugas yang lebih mesra pengunjung.

Harapan aku untuk event tahun ni agar lebih 
banyak cosplayer yang mantap dan awesome
serta dapat kenal lagi ramai kawan baru yang berkongsi minat yang sama 

dengan aku. Tahun ni ingat nak beli topi Chopper ngan Straw Hat klu ada 
murah. Tak pun beli komik-komik lama...
Poster konfom aku akan angkat...murah dan lawa kowt. 

Pada yang akan pergi ke Comic Fiesta tahun ni 
jumpa anda disana.....













(p/s - tahun lepas aku beli topi Portgas D Ace 
dan pakai naik tren dari stesen KLCC ke Kelana Jaya
bapak segan aku org pandang semacam. 
Nasib baik x beli zanpaktou, klu x lagi naya...)

Doaku Untukmu Sayang




Mood jiwang datang plak. 
klu aku ada bini, ni lagu aku tujukan untuk bini aku, 
Mudah-mudah dapat berjumpa dengan wanita yang 
akan menyayangi dan menerima aku seadanya...
InsyaAllah...
hehehe.....



Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia

(p/s - aku jarang dengar lagu jiwang..ngeh2x)
Wednesday, December 12, 2012

the perks of being a wallflower



Yeah akhirnya dapat jugak tgk filem ni. 
The Perks of being a Wallflower. 
Filem ini diadaptasi dari Novel dengan tajuk yang sama.
Aku tak pernah baca novel ni, dan aku tak akan baca.
Aku tak berapa "power" English, so bila aku baca novel English
kadang-kadang aku tak faham pun apa yang aku baca. 
Lagi satu aku tak minat baca Novel. 


Masa mula-mula aku tengok trailer ni 
dalam hati aku, nak tengok filem ni sebab 1 reason je...
Emma Watson. Dia ni one of my fav. actress. 

Sebab dia belakon dalam my all time fav movie after Lord Of The Ring 
Harry Potter. Lagi satu sebab dia lawa. Lawa gile. 
Lagi lawa dari Emma Ma'embong. LOL...


Gambar kat atas ni, antara pelakon-pelakon dalam filem ni. 
Aku kenal Emma Watson je, mamat yang pakai Suit tu, watak utama 
Aku rasa macam kenal dia, hero filem Percy Jackson and the Lightning Thief. 
Tapi paling aku terkejut sekali ialah minah yang sebelah Emma Watson tu. 
Masa aku wiki pasal dia ni, rupa-rupanya dia adalah voice actor untuk 
watak Katara dalam kartun Avatar: The Last Airbender. 
Korang tak percaya korang pegi google sendiri, betul. 
Tak tipu.


Filem ni mengisahkan.....malas la nak tulis korang cari la sinopsis dia sendiri kat internet. 
Secara keseluruhannya filem ni OK. Tak awesome dan tak BullShit. 
Medium la. The best thing kat filem ni apart from tengok Emma Watson 
berlakon jadi awek cantik, hot dan menggoda ialah dialog-dialog watak dalam filem ni. 
Terutama sekali watak hero si Charlie ni. 
Banyak ayat-ayat yang dia cakapkan boleh wat aku terharu

"Why do nice people choose the wrong people to date" 
"Well... We accept the love we think we deserve"
"Can we make them know that they deserve more" 
"We can try......"

"We can't choose where we come from 
  but we can choose where we go from there"

Overoll, bagi yang suka cite-cite pasal American high school teenage
yang diselami bnyk suka, duka, masaalah, cinta dan sebagainya. 
Boleh la layan cerita ni. 

(p/s : aku tak puas hati mamat ni kiss Emma Watson. Arghhhhhh.....)





Monday, December 10, 2012

I Miss U Beelzenef




Rindu dengan kawan baik aku. 
En Beelzenef. 
Lama gila dah tak balik rumah jumpa dia. 
Balik rumah time raya je, 
Oleh sebab aku anak tunggal, 
so kebanyakan masa aku dihabiskan bermain dengan 
En Beelzenef. 
Thats why la aku rasa aku macam tak berapa 
nak reti bergaul dan berkawan dengan manusia 




oh ya...nama En Beelzenef ni 
aku amik sempena nama satu watak dalam 
anime Ouran High School. 

p/s : Beelzenef The Cursed Doll.


Super Sunday




  Malaysia seri dengan Thailand. 
Aku rasa Malaysia macam main OK dah 
tapi tak dapat nak tambah jaringan 
mungkin sebab tak ada nasib kowt. 
Apa-apa pun kita perlu optimis 
Kejutan dalam bola sepak boleh berlaku 
dan Malaysia bukanlah asing dalam membuat kejutan 
Apa-apa pun harap penyokong akan terus setia 
memberikan sokongan anda pada Harimau Malaya. 
Boleh menang dan terus menang. 


Oh ya....a moment of silence 
for the end of our unbeaten home record. 

p/s : David Silva play football like a boss 
Always....



Apa-pun keputusan kena terima dengan optimis
Kejutan dalam bola sepak bukan sesuatu yang mustahil. 

p/s: Apa cer, Rio Ferdinand pegi provoke fan 
kan dah kena baling syiling. 2 2 pihak salah 
tapi yang kena hukum, surely fan Man. City kan?
I got no comment, just enjoy and keep supporting Man City. 



Saturday, December 8, 2012

Al-Kisah Si Robot Pemalu



Pada satu masa dahulu,
ada seorang Autobots yang bernama Optimus Prime.
Dia suka makan KFC, terutama bila dia tengah meraikan sesuatu
Contohnya masa kelab bola kegemarannya,
Manchester City menang Liga Perdana Inggeris.
Optimus Prime seorang yang pemalu dan pendiam
Walaupun begitu Optimus Prime ada ramai kawan yang terdiri
dari pelbagai golongan bangsa, agama dan tempat asal.
Optimus Prime ada cita-cita dan impian yang tinggi.
Untuk menjadi robot yang berjaya di dunia dan di akhirat
Boleh menyumbang untuk keamanan dunia.
Berkahwin, berkeluarga dan hidup bahagia sampai akhir hayat 

 

Optimus Prime seorang yang optimis, walaupun dia hanyalah 
sebuah Robot dia tidak pernah rasa malu untuk menyatakan pendiriannya 
Optimus Prime tahu yang untuk menjadi sebuah robot yang berjaya 
perlu ada pengorbanan dan keazaman yang tinggi. 
Walau apa pun cabaran yang melanda terutama dari Decepticon yang jahat
Optimus Prime tidak boleh berputus asa. 
Kerana Optimus Prime sentiasa berpegang pada prinsip 
"Kejayaan itu dicipta oleh robot biasa yang bekerja secara luar biasa" 


Salam Perkenalan dari ku 
Optimus Prime Si Robot Pemalu


Powered by Blogger.