Saturday, December 8, 2012

Al-Kisah Si Robot Pemalu



Pada satu masa dahulu,
ada seorang Autobots yang bernama Optimus Prime.
Dia suka makan KFC, terutama bila dia tengah meraikan sesuatu
Contohnya masa kelab bola kegemarannya,
Manchester City menang Liga Perdana Inggeris.
Optimus Prime seorang yang pemalu dan pendiam
Walaupun begitu Optimus Prime ada ramai kawan yang terdiri
dari pelbagai golongan bangsa, agama dan tempat asal.
Optimus Prime ada cita-cita dan impian yang tinggi.
Untuk menjadi robot yang berjaya di dunia dan di akhirat
Boleh menyumbang untuk keamanan dunia.
Berkahwin, berkeluarga dan hidup bahagia sampai akhir hayat 

 

Optimus Prime seorang yang optimis, walaupun dia hanyalah 
sebuah Robot dia tidak pernah rasa malu untuk menyatakan pendiriannya 
Optimus Prime tahu yang untuk menjadi sebuah robot yang berjaya 
perlu ada pengorbanan dan keazaman yang tinggi. 
Walau apa pun cabaran yang melanda terutama dari Decepticon yang jahat
Optimus Prime tidak boleh berputus asa. 
Kerana Optimus Prime sentiasa berpegang pada prinsip 
"Kejayaan itu dicipta oleh robot biasa yang bekerja secara luar biasa" 


Salam Perkenalan dari ku 
Optimus Prime Si Robot Pemalu


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.